-->
♨ Dapur kak Ina dan etcetera  :) ♨
http://www.emocutez.com Terima kasih ye sudi berkunjung ke sini...
Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

Friday, 27 January 2012

Roti Jala Kari Ayam....

Photobucket

   N3 kali ni kak Ina nak citer pasal roti jala.. Roti jala ni pun kak Ina buat sarapan gak.. Macam cucur udang, boleh gak kita buat utk minum petang.
   Roti jala ni pun tak susah nak membuatnya..Dah bancuh adunan kita kirai2kan kat atas kuali leper.. Dah siap kita boleh makan dengan kuah kari daging atau kari ayam atau pun kuah durian...Memang sedap.. :)


   Roti jala tu kak Ina makan dengan kari ayam..tapi resipi kari ayam tu kak Ina tak letak la kat sini ye...Kak ina letak resipi roti jala je.. :)

Roti Jala

Bahan2nya :-
   300 gm tepung gandum
   600 ml santan /susu segar/ air (ikut selera masing2 )~lebih kurang
       1 biji telur ~ kacau sedikit dgn hujung garfu
       1 st garam
       sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
       acuan roti jala

Cara membuatnya:-

       * Campurkan tepung dan garam dalam mangkuk besar.
       * Masukkan santan/susu/air sedikit demi sedikit  sambil dikacau perlahan
          sampai mencapai kepekatan yang di kehendaki~ tdk terlalu pekat atau cair
      *  Masukkan telur dan kacau lagi.
      *  Masukkan pewarna atau serbuk kunyit.
      *  Bila sebati, tapis adunan supaya tidak bergentel2 ~ nanti tersumbat acuan.
          (**kalau nak senang, kisar adunan dalam blender, tak perlu lg ditapis)
      *  Panaskan sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan adunan dalam acuan dan
          dikirai atas kuali tadi berbentuk bulatan dari bahagian luar ke dalam.
      *  Bila dah garing sedikit, angkat dah gulung/lipat.
   
   Macam tu la resipi nya..selamat mencuba..Wassalam semua..:)
Posted by Ina Hamid at 03:09 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: breakfast

Cucur Udang...

Photobucket

    Lama rasanya kak Ina tak post n3 kat blog ni...sekarang kak Ina teramat bz..sampai  tak
sempat nak bukak blog...so.hari ni curi2 bukak blog kat ofis.. :)
    ok..resipi mudah hari ni ialah cucur udang...Rasanya ramai yang dah tau nak buat kan...
tapi kita bg peluang kat adik2 yang baru nak belajar ye..


   Macam ni la rupa cucur udang yang kak Ina buat...Montok2 gak kan.. :)

Cucur Udang

Bahan2 nya:-
  2 cwn tepung gandum
20 ekor udang besar (buang kepala sahaja)
   1 cwn tauge (ikut selera masing2)
   1 ikat daun kucai ( boleh kurangkan kalau tak suka)
   1 biji telur
   1 biji bawang besar (racik halus)
 1/2 paket yeast
       sedikit garam
       sedikit kunyit serbuk
       air secukupnya
       minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-
* Masukkan tepung, tauge, kucai, bawang besar, garam, 
   yeast dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
* Tambahkan air hingga adunan menjadi bancuhan agak pekat.
* Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan kacau lagi,
   kalau masih pekat, tambahkan sedikit lagi air.
* Kacau dengan senduk hingga sebati (jangan terlalu pekat atau cair)
* Perap adunan setengah jam hingga adunan naik.
* Panaskan minyak, rendam senduk keluli bulat, bila sudah panas, 
   masukkan sedikit adunan ke dalam senduk dan diletakkan seekor
    udang diatasnya.
* Goyang2kan senduk supaya adunan tanggal dan goreng hingga
   kuning  keemasan.
* Angkat dan tuskan.
* Hidangkan dengan sos cili.

    Camne? Mudahkan.. Cucur udang ni biasanya kak Ina buat sarapan pagi je.
Tapi boleh gak buat hidangan minum petang..
    Ok..selamat mencuba ...Wassalam semua.. :)






Posted by Ina Hamid at 00:54 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: breakfast

Sunday, 15 January 2012

Egg In De Hole...

Photobucket

   N3 ari ni..kak Ina nak bg resipi paling mudah disediakan...very simple..tp mengenyangkan...Nak tau resipi apa? Nama resipinya.. Egg In De Hole..



Egg In De Hole


Bahan2nya :-
   2 biji telur
   2 keping roti
   1 st mentega

Cara membuatnya:-
    * Cairkan mentega dalam kuali leper atas api yg sederhana.
    * Buat lubang atas permukaan roti dgn gelas atau apa2 acuan yg bulat.
    * Letakkan roti yg telah dilubangkan atas kuali.
    * Pecahkan telur ditengah2 lubang pada roti.
    * Selepas 3 minit, terbalikkan roti dan angkat.
    * Sedap dimakan bersama sos cili dan mayonnaise.

Simple je kan...
   ok..selamat mencuba.. Wasslam semua...
Posted by Ina Hamid at 08:59 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: breakfast
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chocolate Covered Strawberries

MY GUEST :)

free counter
free counter

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (23)
    • ▼  November (1)
      • Rewind Aidil Fitri :)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (14)

About Me

My photo
Ina Hamid
View my complete profile

Facebook Badge

Ina Hamid

Create Your Badge

Along Amelia

Along Amelia

Angah Ain

Angah Ain

Kakak Wani

Kakak Wani

Abang Izzat

Abang Izzat

Adik Irfan

Adik Irfan

Layan


http://www.emocutez.com Jangan lupa datang melawat lagi ye... Okay Byeee... Have a nice day!...Jumpa lagi...
Simple theme. Powered by Blogger.