Lama rasanya kak Ina tak post n3 kat blog ni...sekarang kak Ina teramat bz..sampai tak
sempat nak bukak blog...so.hari ni curi2 bukak blog kat ofis.. :)
ok..resipi mudah hari ni ialah cucur udang...Rasanya ramai yang dah tau nak buat kan...
tapi kita bg peluang kat adik2 yang baru nak belajar ye..
Macam ni la rupa cucur udang yang kak Ina buat...Montok2 gak kan.. :)
Cucur Udang
Bahan2 nya:-
2 cwn tepung gandum20 ekor udang besar (buang kepala sahaja)
1 cwn tauge (ikut selera masing2)
1 ikat daun kucai ( boleh kurangkan kalau tak suka)
1 biji telur
1 biji bawang besar (racik halus)
1/2 paket yeast
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:-
* Masukkan tepung, tauge, kucai, bawang besar, garam,
yeast dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
* Tambahkan air hingga adunan menjadi bancuhan agak pekat.
* Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan kacau lagi,
kalau masih pekat, tambahkan sedikit lagi air.
* Kacau dengan senduk hingga sebati (jangan terlalu pekat atau cair)
* Perap adunan setengah jam hingga adunan naik.
* Panaskan minyak, rendam senduk keluli bulat, bila sudah panas,
masukkan sedikit adunan ke dalam senduk dan diletakkan seekor
udang diatasnya.
* Goyang2kan senduk supaya adunan tanggal dan goreng hingga
kuning keemasan.
* Angkat dan tuskan.* Hidangkan dengan sos cili.
Camne? Mudahkan.. Cucur udang ni biasanya kak Ina buat sarapan pagi je.
Tapi boleh gak buat hidangan minum petang..
Ok..selamat mencuba ...Wassalam semua.. :)
No comments:
Post a Comment